perlukah ?
bicara perihal kematangan mengembalikan aku ke zaman di mana aku terkenal dengan sifat kebudak-budakkan. tingkatan 1, 13 tahun dimana kita semua akan melangkah ke alam sekolah menengah. sekolah yang dikatakan lebih matang daripada sekolah rendah. aku akui pada tika itu aku tidak berfikiran matang.
tetapi disini aku tidak ingin menceritakan perihal aku dulu. HHE :D
tapi, layakkah kita untuk mengatakan diri kita matang ? adakah umur itu antara faktor penting untuk menunjukkan kita matang ? apakah yang mampu membuatkan kita matang ?
pengalaman
setujukah kalian ?
setujukah kalian ?
bagi aku pengalaman yang dilalui akan menyebabkan kita lebih matang dan bersedia untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. menjadikannya satu iktibar dan panduan dalam hidup kita. betul tak ?
tak kiralah ia pengalaman yang hanya berpandukan pada individu itu. malah bangsa dan negara yang sering dikaitkan dengan politik. sejarah itu merupakan pengalaman. ya, aku sedar ramai yang tidak gemar sejarah kerana banyak fakta yang perlu dihafal. tapi bagi aku daripada menghafal lebih baik menyelaminya. aku jamin kau akan memahaminya.
pengalaman akan membuka minda kita agar berfikiran lebih realistik dah berhati-hati. malah perasaan takut turut akan hadir. pelbagai cerita dan pengalaman yang kita boleh belajar dari kisah hidup kita dan orang lain. tidak salah, berfikiran terbuka dan pandang kehadapan. :D
No comments:
Post a Comment