realiti


kehidupan realiti bukanlah seindah yang disangka. ya, aku sedar tentang ini semua. aku sedar akan kehidupan realiti dunia. bukalah mata dan sedar inilah realiti yang dihadapi dunia. ada yang menangis mengenangkannya, ada yang marah kerana realitinya, ada yang gembira tanpa sedar bahawa mereka hanyut dibawa arus.


tapi, aku marah dan sedih bila nampak dengan sendirinya. aku tahu dan aku jauhkan diri aku. aku takut aku gembira dan hanyut bila tahu realiti ini mengkhayalkan. aku tak mahu menghayatinya kerana aku takut aku akan alpa. usia bukan pengukur kematangan. pengalaman ialah pengukur kematangan. pengalaman tidak semestinya ditimba sendiri, tetapi diperoleh dari yang lain juga menjadi ilmu di masa akan datang



aku sedar akan realiti hidupmu sahabat, tetapi sedarkah kaw realiti hidupmu adalah mimpimu ?
sedarkah kaw ia mengkhayalkan kaw sahabat ?



aku sayang.aku sayang.aku sayang kaw sahabat. aku sayang sahabat aku. aku sayang akan mereka. aku terima keadaan mereka. aku nasihat kehidupan mimpi mereka. aku kejutkan mereka. aku kawal mereka dari cuba masuk ke alam mimpi yang mereka inginkan. ada yang pernah dan ada yang belum. aku terima dan aku tolong mereka.


aku cuba untuk tolong mereka. kejutkan mereka dari mimpi itu. tapi aku takut aku turut terlelap dan lalai akan mimpi itu, tariklah aku sahabat ! bantunilah aku dari aku lalai. terima kasih aku ucapkan kerana ada yang masih menyayangi diri aku.



No comments:

Post a Comment