aku perlukan mu


saban hari aku memikirkan hal ini. hati aku bercanda, wajarkah ? apakah perasaan yang hadir ini ? adakah aku yang menidakkannya ? celarukah aku.

sememangnya aku akui aku sayangkan kau. lebihkah perasaan aku terhadapmu dari seorang sahabat ? maaf, soalan yang tidak mampu dijawab kerana aku sendiri celaru.

persoalannye bermain-main difikiranku semenjak akhir-akhir ini. rindukah aku layanan mu sebelum ini ? adakah aku yang menjauhkan diri. tidak pernah perkataan tidak dari mulutku sebelum ini. rindukah aku terhadap kau ?


.....................................................................................................................


situasi yang dialami oleh seseorang apabila terperangkap sangat susah untuk membuat pilihan yang terbaik. sedangkan, kita sedar perkara yang terbaik untuk kita. kenapa keseronokkan dunia itu lebih menarik ?

soal karma, ye aku tertarik dengan post sam. lagipun, sememangnye aku sentiasa membaca post dia. baris-baris ayat yang tulus dan jujur menarik perhatian untuk aku memahami setiap perkara. inilah duniawi, sukar di ramalkan. baris-baris sam membuat aku terfikir. mudah sahaja, kata-katanya, tak perlu difahami dengan dalam tapi difikir dengan jauh. post adam sudah lama menarik perhatian aku. direnung semula bila dibaca. teringin sekali ambil baris ayatnya yang menarik itu.

post mereka membuat aku sentiasa terfikir akan dunia ini. persekitaran sekeliling ini. hari-hari yang aku alami, aku jadikan iktibar. susah hidup manusia ni sebenarnya. tapi aku cuba hadapi, bertuah kerana masih ada yang memimpin aku sewaktu aku hampir khayal.

ragam manusia macam-macam bukan. nak terima atu tidak terpulang kepada masing-masing. aku suka berkawan dengan semua. tak cerewet dalam memilih kawan. buruk baiknya pasti ada sebab. tak semestinya yang melakukan perkara yang teruk sudah rosaklah dia. tak semestinya baik sekarang tak terjebaklah dia ke kancah yang tidak elok. hidup ini tidak dapat dijangka, cuma kita mampu bertawakal. kalaulah kau sudah sesat, aku cuba pimpinmu kerana aku sayangkan mu.

No comments:

Post a Comment