Mula merasakan hidup aku ini masih tidak cukup. Aku inginkan sesuatu dalam hidup aku. Aku inginkan kau dalam hidup aku. Tapi, bila kau akan muncul dalam hidup aku ?
Aku mula berfikir dan berangan. Sebab aku nak. Mula bosan dengan hidup aku yang single ? Tak juga, tapi aku teringin. Sebab aku mula merasakan yang aku nak sangat.
Kehidupan bersama kawan, seronok ! Tapi aku nak seseorang yang boleh disisi aku. Aku tak cerewet dalam hal ini, simple sahaja. Aku inginkan seseorang yang boleh menjadi soulmate, best friend, buddy, and everything to me. Tak hipokrit. Jujur dan ikhlas. Aku nak itu :)
Tetapi, dia belum muncul. Aku tak tahu siapa lah yang akan muncul. Tape, aku tunggu kau ok ;) Aku tunggu ni. Mana lah kau hilang kan. :D
Kalau kau dah ada, ketuklah pintu. Sebab aku tertidur penat tunggu kau.
No comments:
Post a Comment