Dihina sedemikian. Menjatuhkan sepenuhnya maruah. Kalau diseret seret masalah itu. Bersama sepuluh rangka lagi manusia. Memang banyaklah yang menyatakan firasat firasat bersama ayat ayat anggun untuk manusia yang diorang sedang jatuhkan maruah.
Apa kau ingat kalau kau bikin billboard bersama rakan rakan seangkatan kau untuk menghina manusia yang kau benci itu tak sama level kah ? Aku rasa macam taraf hina kau tu lebih tinggi sikit.
Cukup cukuplah kau hina manusia. Sampai berzaman pun tak akan habis. Kalau aku perkatakan yang kau kau ini semua pemikiran cetek, kuno kau kau ini semua pasti melenting tinggi melampai. Aku cukup penat melihat drama drama kau kau ini semua. Sini mari aku katakan,
"Hebat, kau sudah lebih tinggi hinanya dan aku ingin katakan dasyat gila"
Aku rasa kau boleh buka buku sejarah yang kau katakan bosan, mengantuk dan apa class ? Mari sini, kita belek sama. Kita buat sinopsis cerita sejarah dahulu kala itu dengan kau punya cerita. Eh, macam sama. Kalau kau kata sejarah yang lepas itu. " Bodohlah, ada ke berbunuhan dan berperang hanya kerana terbunuh salah seorang kabilah ? "
Kau sedang perkatakan diri diri kau kau ini semua. Hebat kan jalan cerita kau. Sama taraf lah. Tepukan gemuruh.
P S : Jalan cerita tak seindah mana. Dan tak secantik mana. Tapi jangan jadi cetek pemikirannya. Cantikkan, Indahkan. Insha Allah. Cantik. SubhanaAllah.
No comments:
Post a Comment