Indah, cukup indah. Cukup cantik.
Aku ingin membelai partikel partikel indah ini.
Aku ingin simpan, agar diterangi kelip kelip partikel warna pelangi.
Tapi,
Tiada lagi partikel partikel indah
Beri aku nafas baru, beri aku rasa pelangi, beri aku fantasi indah untuk terbang lagi.
Partikel partikel sudah menghitam.Sehitam hempedu.
Aku dapat rasa, partikel itu sakit. Sakit di bebani nikotin. Dibebani segala racun.
Inginkan nafas, inginkan pelangi, inginkan senyuman.
Berikan, kembalikan kepada mereka.
Manusia tamak dan kejam menelan nikotin.
Hebat dan megah. Bongkak dan alpa.
Apa mereka lupa. Apa mereka tak mahu hargai hidupan yang dahulu kala.
Manusia tamak dan kejam mereput. Mereput dengan pantas.
Kematian mereka ngeri.
Namun, manusia tetap alpa. Tetap bongkak tetap merasakan mereka hebat.
No comments:
Post a Comment