Kadang kadang aku rasa aku mahu pamerkan aku punya tulisan. Aku mahu manusia manusia bumi dapat rasa apa yang aku rasa. Bukan aku mahu jadi si gampang menunjuk nunjuk aku boleh menulis ? Aku ? Menulis ? Gampang ! Aku bercerita melalui penulisan. Aku bercerita melalui gambar. Aku bercerita melalui warna dan lukisan. Salah aku ke mahu buat ?
Kadang kadang aku takut dengan pandangan manusia. Aku takut terima hentaman. Aku tak bercita cita mahu jadi penulis. Aku tulis untuk apa aku rasa. Untuk apa aku perhati.
Kalau kau ada dear diary. Kalau kau ada gossip. Kalau kau ada manuskrip cerita. Kalau aku ada skrip filem. Itu kau dan kau.
Aku ? Aku hanya ada pad ini. Aku hanya ada blog ini. Aku hanya ada pen dan kertas. Aku mahu tulis. Aku mahu sebarkan. Rasa rasanya ada kata aku poyo dan gampang.
Agak agak kalau aku bagi Sufian Abas baca, dia kata apa ?***
Hmm,
Aku teringat masa aku selalu sorang sorang. Aku beli buku. Aku beli dengan dia.
"Minat puisi ?"
"Sangat"
"Nah" Hulur Mimi Morticia. Tangerin & Nikotin
"Dah ada lah"
"Rugi. Rugi. Kalau tak, dapat yang free"
Senyum.
Aku sangat adore dia. Sangat.
Aku nampak dia macam mana. Aku suka kalau hasil tangan dia. Sebab aku percaya, antara yang terbaik.
Aku jujur aku takut dengan dia bila Linglung cakap, kenapa tak hantar puisi pada dia. Aku rasa aku bukan mahu jadi penulis. Aku hanya suka menulis. Dan aku hanya suka baca puisi.
Tak apalah, aku kumpulkan dahulu. Suka tak suka belakang cerita.
Aku bukannya mahu jadi penulis ternama. Aku hanya mahu berkongsi rasa. Insha Allah.
Aku ak buat kerja salah. Aku tak buat dosa. Harapa harap manusia di bumi ini faham mesej aku. Itu kepuasan aku kalau kalian faham apa aku tulis.
P S : Kalau Kamarul minat Neb Dagga, Sharifah Amani dan Fynn Jamal. Aku minat Sufian Abas dan Ridhwan Saidi. Senyum
No comments:
Post a Comment