Kubikel Kaca

Aku dalam kubikel kaca.
Terisi aku dan hati aku.

Aku dalam kubikel kaca.
Ceritera aku berlainan di balik kubikel kaca ini.

Aku dalam kubikel kaca.
Aku perhati dan lihat.



Tapi,
aku dalam kubikel kaca yang tak punya rasa peri kerna aku menghiasi diri aku dengan kata kata spekulasi aku.

Aku dalam kubikel kaca,
Yang berisi kejam dan rasa kosong.

Kerna aku hanya.
Lihat. Pandang. Nampak.




Sahaja.




Tanpa berbuat apa apa.

No comments:

Post a Comment