Puas

Kalau kalau aku tulis ayat berbogel
Ibu aku marah

Kalau kalau aku tulis ayat tajam
Sahabat aku hentam aku

Kalau kalau aku guna bahasa puitis
Ada manusia tak suka

Kalau kalau aku terlebih
Satu dunia membenci




Aku hanya ada satu watak. Ada pelbagai rasa.
Aku ada satu hati. Satu roh.





Jangan buat aku perlu jadi Tuhan untuk beri semua apa yang kalian mahu.
Aku berkudrat manusia bukan jin mahupun malaikat.

No comments:

Post a Comment