Setiap hari, aku akan tunggu air permata dari langit membasahi bumi. Basahkan bumi yang kering ini berikan rahmat yang Tuhan alirkan melalui permata yang entah muncul dari langit kelam.
"Langit, kau tahu kenapa aku suka tunggu permata ini ?"
"Aku suka, suka bila dia kuyupkan aku dan bermain ritma permata di dalam tasik ini"
Diam*
Air permata terus basahkan bumi. Seolah bertanya, jujurkah aku ? Aku senyum, sambil dongak ke langit. Basah. Kuyup. Lencun.
"Langit, aku suka rasa basah. Seolah kau sedang faham, aku sudah basah. Biarkan sahaja jasad aku kuyup."
Diam*
"Langit, permata aku bercampur dengan permata kamu. Sama sama kita rasa ya"
Langit suka tunaikan janji aku. Permata tak pernah kecewakan aku. Aku pasti, ada itu. Pasti. Sama sama. Disisi aku. Dalam hati. Teruskan bernafas.
No comments:
Post a Comment