kamu menelan rasa rasa pahit diri aku
segala buruk dan hodoh aku
kau telan kerana rasa cinta kau terhadap aku
sayang,
kau terlalu terluka hinggakan kau sudah katakan yang kau
kosong
goyah
penat
serik
kamu terlalu baik buat aku
kamu itu terbaik untuk aku
Tuhan itu hadiahkan kamu untuk aku 3/4 tahun lalu untuk aku
apa lagi yang aku mahu selain menjaga hadiah Tuhan ini
kamu, sayangku.
mari, beri aku semua rasa rasa sakit dan terluka kamu
biar aku telan semuanya
biar kita mampu terbang kembali bersama sama
mari sayang, beri kesemuanya pada aku.
No comments:
Post a Comment