Aku hembus perlahan asap yang baru sahaj ditarik dari kretek yang terselit di jari kiri aku, sambi memandang jauh melihat bintang yang terpapar di kanvas Tuhan. Membawa aku bersama dalam kepul-kepul asap yang baru sahaja dilepaskan.

Kau pula melihat tajam disebelahku, lalu menunduk menahan rasa sedih dan marahmu. Tanpa sebarang izin atau kata pembuka, kau terus sahaja mengambil kretek dari celahan jariku. Membuang jauh dan memandang sisi kananmu.

"Hei, apa tu? Tak habis lagilah"
"Hmm...."
"Apa ni? Tak baiklah"
"Awak tak sayang saya?"
"Awak lah yang tak sayang saya, sampai hati..."
"Awak tak sayang diri awak?"

Memandang aku terus tanpa kelipan mata kamu langsung, terus aku menunduk dan mendiamkan diri. Tiada satu pun jawapan yang munasabah yang aku mampu menawarkan kepada kamu. Mungkin, berdiam itu jawapan yang terbaik, kali ini. Mungkin?

"Kenapa tak ada jawapan?"
"......."

Hanya diam sahaja jawapan yang aku mampu berikan kali ini. Maaf kerana, aku tak mampu lagi meninggalkan dosa semalam. Mungkin, suatu hari nanti, aku bakal menjadi milikku sendiri setelah dihempas dan ditujah berkali. Maaf, kerana terlalu penat.

No comments:

Post a Comment