Masih nampakah kalian diri aku yang hilang ?

Api hebat mana pun akan kalah dengan air.
Aku tak mahu nak ujar apa yang ada dalam hati aku ni. Susah nak ditafsirkan apa yang aku rasa. Aku hilang dipertengahan jalan tatkala aku terleka. Bukan aku ingin untuk hilang dan jatuh untuk rasa hebat atau dibenci. Aku tak pilih jalan ini. Kadang kadang aku rasa seperti hilang ingatan. Terlupa yang aku rasa, matlamat, perasaan dan segala macam. Aku tak tahu apa yang aku nak. Aku betul betul sudah hilang. Ramai yang mula membenci aku. Aku tak terasa ia satu masalah untuk aku. Aku duduk diam satu sudut perhatikan apa yang dilakukan oleh manusia sekeliling aku. Tak aku tak faham apa yang mereka buat dan apa yang aku rasa. Mana deria perasaan aku pergi ? Menangis tapi hati tak hiba. Ketawa tapi hati tak gembira. Kosong dalam hati aku dan fikiran aku. Kalah ke aku ? Siapa yang sudi genggam tangan aku sewaktu aku duduk dihujung lorong. Tak siapa yang sudi pandang dan tak siapa yang perasan. Ada sesiapa yang mahu bantu aku berjalan di dunia dan cari semula apa yang hilang dalam diri aku ini ?

P S : Sesiapa ?

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. 'Ramai yang mula membenci aku ?'
    Kita tak benci pun, suka adalah <3 Ingat matlamat asal Lydia okay Buddy ? :)

    ReplyDelete