Cecair merah

Barisan barisan ngeri dan susunan rapi serta ketajaman pisau pisau itu. Cukup mampu buat jiwa aku terbelah menjadi tujuh. Badan aku menggeletar dibasahi peluh sejuk dan ketakutan. Kedinginan dari aura badan aku bisa membayangkan maut dihadapan anak mata aku. Cukup ! Arghhh, tipisnya pisau ini. Halusnya asahan dia. Aku di dalam kubikel gelap yang menyesakkan nafas aku. Menambah adrenalin yang berterusan tanpa henti. Maut di depan mata aku. Hanya sekali hanyunan halus itu. Mampu memancutkan cecair merah memutuskan urat. Urat urat halus yang membawa cecair merah yang berisi partikel partikel oksigen. Mengecut. Takut. Sakit. Aku pastikan anak tekak aku mampu menjadi pecahan halus. Sakitnya bila urat aku diputuskan begitu sahaja. Mampu bayangkan. Aku punya beberapa saat untuk menarik nafas. Untuk membayang maut. Untuk melepaskan diri. Untuk disimbah peluh ketakutan...

Apa aku harus buat, beberapa saat ini. Masa bergerak. Tinggal beberapa saat !

P/S : Sakit dan maut. Masa dan sempit. Manusia ini hebat memikirkan semua di dalam satu saat yang adanya beribu soalan bila tersepit.

No comments:

Post a Comment