Apa yang kau mahu dengar ! Beri sini aku jalan cerita ! Beri sini aku punya tajuk !
Aku perlu bina tajuk pada jalan perbualan agar semuanya yang sempurna bila bercerita. Aku tak mampu jadi diri aku. Aku ingin gelak ketawa bersama berkongsi apa aku rasa. Sini aku mahu cakap mahu bilang apa dalam hati aku. Aku gembira dan bercampur penat disini. Aku mahu tunjukkan yang aku mampu lakukan. Aku mahu ukir satu senyuman untuk kau. Aku mahu kau rasa aku punya penat, sedih, murung dan gembira. Aku mahu kau rasa semua itu. Tapi, kau anggap jalan cerita aku semuanya hitam. Malah, kau kata aku tak bersyukur. Aku bersyukur. Bersyukur sangat diberi peluang. Aku hanya ingin satu dari kau. Beri aku gula gula lolipop bila aku menangis. Sapu debu pada luka aku. Kesat air mata aku. Bukan marah aku bila nangis. Bukan toreh pada luka aku. Bukan pukul aku bila nangis. Bukan !
Hari hari aku perlu cari idea baru untuk bikin aku punya kertas kerja sempurna dan terbaik. Aku mahu hadiahkan angka 4 pada kau. Mahu sangat ! Mahu kaut keuntungan akan datang untuk balas apa kau beri. Untuk bagi kau berpuluh kali ganda lagi senang dari sekarang. Untuk kau tak rasa resah, sapu peluh, tapi kau rasa tenang. Kenapa kau kata aku tak bersyukur ? Kenapa ? Aku cuma mahu bercerita semacam aku bercerita dengan rakan rakan dan kata. "Kita pakai banyak wang disini sebab kertas kerja kita ini. Idea yang perlu dicurahkan pada sehelai kertas yang mahal ini. Menggunakan media mahal ini. Makanan yang mahal disini. Pengangkutan yang tak berpada disini. Rumah yang tak berpada disini. Mari rakan kita cari yang lebih murah untuk selamatkan wang ibu bapa kita. Agar mereka tak rasa susah dan kata kita hanya mahukan wang mereka. Kita bagi mereka tak risau dan hadiahkan angka 4 pada mereka"
Ayat ini yang aku dan rakan rakan aku yang kami bincang. Aku sayangkan kamu. Sayangkan yang amat. Tapi aku tak mampu jadi sempurna. Maaf kalau aku tak habat tak pandai tak bijak selalu jatuh selalu menyusahkan.
Kadang kadang aku mahu kongsi idea yang aku perlu curah. Idea yang aku perlu cari. Mahu tanya kalian. Tapi aku takut kalian akan katakan "Kamu yang mahukan ini semua. Kami dah beri. Susah kau rasa. Kau kena hadap. Kau ambil jalan susah sedangkan kami beri jalan senang"
Salah ke aku mahu bercerita macam bercerita dengan rakan rakan. Mahu kalian peluk aku. Mahu sambut aku. Bertanya semua perkara. Macam mana mahu berkomunikasi dengan kalian ya ?
Tak tahu. Aku dah hampir duapuluh tahun. Aku nampak dewasa untuk perkara lain tapi baru berusia empat tahun untuk perkara ini. Macam mana ya ? Mahu bertanya tapi takut. Takut soalan itu tak sempurna. Mahu bercerita tapi takut, takut cerita itu tak sempurna. Macam mana ? Kenapa aku rasa matematik tambahan lagi mudah dari ini ?
No comments:
Post a Comment