angin dingin membaluti sayap sayap halus
burung burung ketiduran bersama kekasih kekasih
jangan kamu ujar tentang sayap yang patah kerana manusia
sedangkan kamu sudah dilahirkan bersama sayap sayap sempurna
menerbangkan kamu jauh ke angkasaraya
impian yang pasti ada disitu
kerahkan diri kamu kehadapan
jangan ujar tentang sayap yang patah
sedangkan kamu terbang bersama sempurna hadiah Tuhan
manusia yang memilih berpergian itu bukan sayap sayap kamu
Tuhan; sayap kesempurnaan yang tak pernah meninggal
kenapa lagi bilang perihal kehilangan
sedangkan hal halnya ada
berbedanya hanya yang pergi itu menerbangkan sayap kamu
sedangkan kamulah yang menerbangkan kedua dua keindahan hadiah Tuhan
yang sentiasa bersama sama makhluk kesayanganNya
terbanglah bersama cintaNya
No comments:
Post a Comment