langit pada yang selalunya
kelihatan hanya bintang keseorangan
disapa sepi tanpa diperlihat mana mana hati
berhebus dalam suara suara racun
berselimut pada kedinginan malam bersama keasyikkan fantasi sendiri
dilayangkan roh kesedihan
berniat menemani bintang yang kesunyian
cuma tika malam entah keberapa kali
sudah punya peneman bersinar
disuarakan kata syukur yang kelmarin dibikin indah
semut semut merah sudah menyaksikan kemanisan indah
berkali kali kau kucup pada kebahagian yang dirindu
dan usah kembali menjengah pada silam yang tak mahu diperlihat
tanpa peta yang terbakar dan kompas yang rosak
kita sudah ketemu
luka terdahulu ingatan yang tak mudah dibiarkan
parut yang tinggal biar dijadikan memoria indah yang terpalit
agar aku kau ingat semula 'kita' perlu bagaimana
No comments:
Post a Comment