sudah terbiasa-biasa air mata ini perlahan sahaja mengalir bila saat bahagia kamu itu menerpa
sudah terbiasa-biasa sahaja saat bila kau melupakan dosa-dosa yang kau curahkan pada aku
sudah terbiasa-biasa sahaja untuk darah mengalir lagi

usah ditagihkan lagi pada saat-saat yang sudahberlalu
mencari hati yang sudah dimamah pergi
sedangkan yang di ajarinya 'pegang erat, kuat-kuat' itu sudah pun ketiadaan

sayu,
pada lagu-lagu sepi yang menerjah kembali
apabila diselubungi kuasa hitam dosa-dosa kau itu,
cahaya bakal menerpa kembali

yang paling aku dambakan
yang paling aku rindui

kekasih, yang tak pernah meninggalkan aku tatkala hati aku melupakanNya.

No comments:

Post a Comment