Sigar monte cristo ini semacam enak, lebih pekat daripada long black yang jarang-jarang aku ambil. Bukan penggemar tapi menghayati setiap sip kopi.

"Mereka bakal melakukan akan hal-hal yang kita pernah impikan. Kenapa aku rasa seperti kau sedang merampas cinta-cinta dan impian yang aku lukis pada kau atau ini hanya sekadar perasaan aku?"

Satu sip sigar enak yang aku beli dari Tanah Timur Eropah atau Budapest ini benar-benar mengujakan.

Azan sudah berkumandang, ada cinta sedang menanti. Aku ingin persembahkan setia dalam bentuk yang wajar dan doa yang bakal aku lakar dalam bentuk keikhlasan dengan atas nama Allah Azza Wajala untuk kamu, awak, kau, kalian, mereka. 

Cinta tak semestinya bersama dan cinta perlukan pengorbanan. InshaAllah, akan tiba bahagia untuk kamu, awak, kau, kalian, mereka. Cukuplah hanya dengan bahagia-bahagia buat aku bahagia. 


1 comment:

  1. Kirim kan aku monte cristo paling bahagia.

    ReplyDelete