Aku berbisik-bisik pada kertas-kertas putih yang berselerakkan di ruang kamarku. Berbilang pada pena yang terbaik untuk melakarkan sebuah puisi yang sudah lama rehat.
Menanti pada bahasa yang bakal bertutur pada para pencinta dan mengamit pada ruang hati yang kosong dan rindu akan kesedihan yang telah lama pergi. Aku bercanda seorang siri lagi, menanti pada lakaran hitam yang bakal berlansung. Hari berlalu dan masa terus meninggalkan aku, kertas-kertas tidak berisi dengan mana-mana puisi yang telah pun pergi, mati dikuburkan.
Lalu aku meninggalkan sahaja pena dan kertas bercanda pada kuburan Nia Chempaka
No comments:
Post a Comment