Manusia hitam dan bidadari putih

Tusukan lembing dan panah yang kau beri itu hebat. Tarikan padu dari tangan lembut kau sehalus bayi itu dasyat. Cantik, halus dan kejam. Kau kejam menikam aku lagi. Kau kejam dengan senjata kau. Aku lilit aku dengan dawai besi karat mu itu. Kau ketakan pusingan dawai di badan aku. Kau perah darah aku. Kau putuskan satu satu urat aku. Kau lemparkan senyuman indah bak bidadari dari matamu. Kau lah bidadari indah. Kau lah permaisuri agung. Kau lah manusia hitam itu. Kau teruskan lafaz lazatmu itu ke atas tubuh aku yang kasar ini. Teruskan pujian kecil itu. Teruskan penyucian kau itu. Aku mahu mati dalam diri aku yang kasar, bukan dalam 'penyucian' kau tapi dalam 'penghinaan' aku ini. Terima Kasih

1 comment: